Abstract:
Kursus operasi acara khas merupakan kursus teras program bagi program
pengurusan perhotelan. Kursus ini ditawarkan pada semester akhir dan
melibatkan pelajar tahun 3 program pengurusan perhotelan. Secara amnya, di
dalam kursus ini pelajar akan mempelajari teknik-teknik pengurusan acara.
Namun begitu, satu projek transformatif telah dilaksanakan bagi tujuan
pengajaran dan pembelajaran yang mengabungkan objektif pengajaran
dengan khidmat komuniti dimana pelajar mengaplikasi kan teori dan
pengalaman praktikal dalam merancang dan mengendalikan acara yang
memberikan impak kepada komuniti sekitar. Projek ini mendedahkan pelajar
kepada proses pembelajaran secara kendiri dan berimpak tinggi. Di dalam
projek transformasi ini, strategi pengabungan blended learning dengan
pengalaman telah digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Pelajar
didedahkan dengan pembelajaran secara digital seperti penggunaan padlet,
whatsapp, facebook dan Instagram. Disamping itu, pelajar juga mempelajari
teknik pengurusan acara secara melalui proses seperti penghasilan idea,
penyelesian masalah dan pengendalian acara. Salah satu projek yang telah
dilaksanakan oleh pelajar operasi acara khas ialah Luncheon in the Dark.
Program ini merupakan satu program makan amal bersama bagi mengumpul
dana kepada Persatuan Orang Buta Sabah. Acara makan amal ini juga telah
memberi kelainan kepada tetamu yang menyertai merasai sebagaimana
golongan kelainan upaya ini menikmati makanan. Tetamu telah menikmati
makanan dalam keadaan gelap dan ditutup mata. Program ini juga
merupakan salah satu cara yang dapat berkongsi perasaan dan mewujudkan
sikap lebih prihatin kepada golongan kelainan upaya. Tujuan program ini
diadakan adalah sebagai medium untuk memberi kesedaran kepada
masyarakat mengenai tanggungjawab sosial terhadap individu kurang upaya
khususnya orang buta. Ia juga bertujuan bagi menyuntik semangat kerjasama
dikalangan pelajar. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan bermula dengan
penghasilan idea mengenai acara yang ingin dikendalikan, pembentangan
idea, pembentukan jawatankuasa, penglibatan dengan komuniti,
pembentangan perkembangan projek dan pengendalian acara. Penilaian akhir
akan dibuat oleh pensyarah dan pelajar juga akan membuat refleksi selepas
acara berakhir. Secara kesimpulannya, pembelajaran melalui gabungan
blended learning dan pengalaman dapat meningkatkan lagi suasana
pembelajaran yang menarik, merangsang pelajar belajar secara aktif
disamping penglibatan dengan komuniti.