Abstract:
Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kini telah memasuki ke fasa ke-4. Oleh yang demikian, langkah-langkah pencegahan, pembendungan dan kawalan seperti penjarakan sosial, masih dikekalkan bagi memutuskan rantaian penularan jangkitan COVID-19.Walaupun penguatkuasaan oleh pihak kerajaan ini termasuk larangan pergerakan merentas sempadan dan negeri, ini bukanlah menjadi halangan untuk anak-anak yang tinggal berjauhan dengan ibu bapa mengabaikan tanggungjawab menjaga kebajikan ibu bapa yang berada di kampung halaman masing-masing.