Abstract:
Peningkatan dalam sektor perindustrian di Malaysia telah menarik perhatian kemasukan buruh asing ke Malaysia. Ini terbukti bahawa sekitar tahun 2000 hingga 2009, berlaku pertambahan dalam jumlah buruh asing di Malaysia, Dalam masa yang sama, pengganguran juga berlaku di Malaysia, dengan kadar purata di antara 3 hingga 4 peratus. Kajian ini ingin mengetahui apakah hubungan d antara kemasukan buruh asing dengan pengangguran di Malaysia. Kajian mendapati bahawa kadar pengangguran di Malaysia mempunyai hubungan yang negatif dengan kemasukan buruh asing dalam jangka pendek dan jangka panjang.