Abstract:
Pandemik penyakit koronavirus 2019 (COVID-19) telah memaksa penduduk dunia mengubah rutin harian, termasuk tabiat bersukan. Keadaan yang tidak menjadi kebiasaan ini mempunyai akibat fizikal, psikologi, dan tingkah laku kepada semua individu, termasuk atlet elit dan rekreasi. Kehidupan dalam keadaan terkurung ini sukar kerana setiap orang harus tetap selamat dan sihat,dan pada masa yang sama mematuhi norma baru. Namun semenjak Covid-19 melanda negara kita, kerinduan untuk bersukan semakin terasa kepada penggemar sukan ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) apabila aktiviti mereka kini tidak dapat diteruskan seperti biasa.