Abstract:
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dilaksanakan dan diteruskan kerana masih terdapat peningkatan kes positif yang tinggi di beberapa daerah seperti Sabah. Semua aktiviti ekonomi dan industri (perkilangan) dibenarkan beroperasi tertakhluk kepada SOP yang telah ditetapkan pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN). Orang awam diminta untuk mematuhi SOP ketika berada di tempat awam seperti memakai pelitup separuh muka dan menjaga jarak. MKN telah menetapkan bahawa hanya dua orang sahaja setiap isi rumah dibenarkan keluar daripada rumah atas urusan kerja, kecemasan atau membeli barang keperluan seperti makanan dan bahan mentah. Individu dan kanak-kanak yang berisiko tinggi tidak dibenarkan untuk pergi ke tempat awam. Menurut Kementerian Belia Sukan Malaysia (KBS), aktiviti sukan dan rerkeasi sepanjang tempoh PKPB di negeri Sabah adalah dilarang. KBS melarang semua aktiviti sukan dan rekreasi, sosial dan budaya di seluruh negeri Sabah seperti memancing, jogging, hiking dan sebagainya. Penggunaan fasiliti dan kemudahan sukan awam terbuka juga telah dilarang dan diarahkan tutup. Biarpun aktiviti sukan dan rekreasi tidak dibenarkan, masih terdapat banyak aktiviti fizikal yang masih boleh dilakukan di rumah untuk mengekalkan kecergasan diri dan meningkatkan kualiti kehidupan.