Abstract:
Sejak penularan pandemik covid 19 berlaku telah mengakibatkan banyak penangguhan penganjuran sukan termasuk sukan permotoran. Hal ini telah menjejaskan ekonomi Negara serta menjejaskan ekonomi sukan permotoran juga. Antara sukan permotoran yang ditangguhkan termasuk sukan permotoran yang bertaraf dunia yang ditangguhkan iaitu China GT, Japan Super GT, Cub Prix, Toyota Gazoo Championship. Hal ini harus diatasi dengan segera, sekiranya terlambat ia akan memberi impak negatif yang sangat tinggi kepada industri sukan permotoran.