Abstract:
Kewujudan BULETIN ini telah lama dirancang dengan tujuannya adalah untuk melatih serta menyebarkan luaskan aktiviti pembelajaran secara dalam talian yang telah dilakukan di fakulti ini. Penekanan tersebut tidak dapat dielakkan sejak dunia dibataskan dengan Perintah Kawalan Pergerakan demi membendung penularan wabak covid-19. Sejajar dengan perubahan tersebut, pelbagai usaha telah dilakukan bagi meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran tanpa mengenepikan prinsip dan kualiti pengajaran dan pembelajarn. Diharapkan bahan bacaan ini akan menjadi medium penyimpanan dan rekod bagi mengimbangi kewujudan wacana bersifat dalam talian (online).