Abstract:
Alhamdulillah, tahun ini kita masih berkesempatan untuk menyambut Hari Raya Aidil Fitri dalam norma baharu. Masih segar dalam ingatan sambutan lebaran pada tahun 2020 ketika PKP sepenuhnya. Hanya ucapan sebagai pengerat hubungan antara ahli fakulti tanpa adanya rumah terbuka dan jamuan di peringkat fakulti.
Sehubungan dengan itu, edisi khas ini diterbitkan bagi merakamkan ucapan dan pengalaman merayakan perayaan dan pada masa yang sama tidak mengabaikan proses pengajaran dan pembelajaran. Adalah diharapkan agar ucapan ini menjadi suatu rakaman situasi semasa yang pastinya akan menjadi rujukan pada masa hadapan.
Selain itu, turut dimuatkan dalam edisi ini ialah perincian kursus yang ditawarkan oleh 10 program dalam FSSK berserta bilangan Pensyarah beserta nisbah setiap program.
Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin.
Terima Kasih