Abstract:
Pembaca Budiman,
Kembali bertemu dalam edisi ketiga, edisi ini merupakan satu titik peralihan bagi FSSK disebabkan oleh perubahan struktur fakulti. Pertama adalah berkaitan penubuhan dua entiti baharu iaitu: 1) Akademi Seni dan Teknologi Kreatif (ASTiF) dan 2) Fakulti Pengajian Islam (FIS- faculty of Islamic Studies).
Sehubungan dengan itu, bilangan program telah berkurangan kepada 6 program sahaja. Keadaan ini telah memberi kesan terhadap bilangan kursus yang ditawarkan. Bagi merakamkan detik penting ini, tumpuan akan diberikan terhadap proses penyesuaian bilangan kursus dan perbandingan akan dilakukan dengan bulan Mei dan April.
Beberapa UCAPAN sempena detik itu telah disalin dan dimasukkan dalam keluaran kali ini. Selain itu, turut dimuatkan dalam edisi ini beberapa aktiviti yang telah dilakukan sepanjang semester kedua ini terutamanya dengan cara dalam talian. Adalah diharapkan agar perubahan ini akan memberi implikasi yang baik kepada dua entiti baharu dan semangat Bertekad Cemerlang akan terus menyatukan kita semua.
Selamat maju jaya!
Terima Kasih