Abstract:
Pembaca Budiman,
Kembali bertemu dalam edisi ke-4, edisi ini merupakan edisi lanjutan dari edisi ketiga iaitu proses peralihan FSSK dengan identiti baharu.
Buat pertama kalinya, pencapaian pembelajaran teradun (blended learning) bagi fakulti hampir mencapai tahap 100 peratus. Usaha kepada pencapaian ini telah dimulakan sejak tahun 2018 lagi apabila ramai di kalangan warga merasa keberatan untuk beralih kepada konsep blended.
Berdasarkan perkembangan itu, tumpuan kali ini akan ditumpukan kepada perincian pencapaian terhadap kandungan bahan pengajaran dan aktiviti yang terdapat dalam platform Smartvums.
Selain itu, turut dipaparkan adalah senarai Ketua-ketua Program dan ruangan tamu pada keluaran ini akan memfokuskan kepada Profesor Madya.
Semoga keluaran kali ini dapat memberikan suatu penanda aras baru bagi memastikan proses pembelajaran secara dalam talian akan terus berkembang.
Selamat maju jaya!
Terima Kasih