Abstract:
Salam Kemerdekaan,
Kembali bertemu dalam edisi ke-5, edisi ini merupakan edisi lanjutan dari edisi ke-4 iaitu proses pencapaian 100 peratus pembelajaran teradun.
Buat pertama kalinya, pencapaian pembelajaran teradun (blended learning) bagi fakulti telah mencapai tahap 100 peratus. Pencapaian ini merupakan usaha berterusan dengan mengamalkan pendekatan “kemanusiaan” iaitu memberi ruang kepada ahli fakulti untuk terlibat mengikut keupayaan masing-masing.
Sehubungan dengan itu, tumpuan kali ini akan ditumpukan kepada perincian pencapaian terhadap kandungan bahan pengajaran dan aktiviti yang terdapat dalam platform Smartvums. Senarai lengkap kursus turut disertakan merangkumi nama, kod dan Pensyarah bagi setiap kursus.
Selain itu, perbandingan terhadap pencapaian sebelum ini
akan turut dipaparkan bagi melihat perkembangan pencapaian tersebut.
Ruangan Tamu pula memaparkan berkaitan jawatan Pensyarah Kanan. Semoga penerbitan ini akan terus memberi semangat kepada ahli akademik di kala para pelajar sedang menikmati cuti semester.
Bertekad Cemerlang
Selamat maju jaya!
Terima Kasih