Abstract:
Minggu Suai Mesra (MSM) Asasi Universiti Malaysia Sabah telah berlangsung secara rasminya pada 2 hingga 9 Ogos 2021 dengan jayanya dan melibatkan kerjasama antara pihak Pusat Persediaan Sains dan Teknologi dan Jabatan/Pusat utama di universiti. Pelaksanaan MSM pada sesi ini adalah yang pertama melibatkan 4 Jabatan dan Pusat Universiti lain secara langsung – Bendahari, Pusat Pengurusan Strategik dan Komunikasi Korporat (PPSKK), Jabatan Teknologi Makluman dan Komunikasi (JTMK), dan Pusat Pengantarabangsaan dan Penglibatan Global (PPPG) – dan dipengerusikan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof. Madya Dr. Raman Noordin, selepas 11 tahun penubuhan Pusat Persediaan Sains dan Teknologi.