Abstract:
Video ini merupakan perkongsian berkenaan aplikasi TASKADE.COM yang boleh digunakan sebagai alat dalam PdP. Aplikasi ini sangat sesuai digunakan oleh pelajar bagi menguruskan tugasan atau projek secara berkumpulan. Dengan menggunakan aplikasi ini, projek-projek pelajar boleh diuruskan dengan sistematik. Aplikasi ini juga sangat mesra pengguna dan menawarkan pelbagai menu dan fungsi yang menarik. Bagi pendidik pula, aplikasi ini memudahkan untuk membuat pemantauan tugasan pelajar dan melakukan penilaian khususnya bagi kursus-kursus yang mempunyai domain Praktikal dan Afektif.