Abstract:
Video ini merupakan himpunan projek e-komuniti yang dijalankan oleh pelajar-pelajar yang mengambil kursus Sosiologi Organisasi Kompleks Sesi 2020/2021. Projek-projek e-komuniti ini mengaplikasikan konsep SULAM, iaitu satu bentuk pendekatan pembelajaran berasaskan perkhidmatan. Terdapat 18 buah kumpulan pelajar dengan projek e-komuniti masing-masing yang setiap kumpulan dianggotai oleh lima hingga enam orang pelajar. Projek berkisarkan e-komuniti atau komuniti maya ini dipilih kerana pelaksanaan kawalan pergerakan (PKP) di seluruh negara dikuatkuasakan akibat pandemik Covid-19. Walaupun begitu, keadaan ini tidak menghalang pelajar untuk mempraktikkan pengetahuan teoritikal yang dipelajari dalam kuliah dengan melaksanakan projek-projek yang bersifat memberikan perkhidmatan kepada komuniti untuk menyelesaikan masalah dan memenuhi keperluan komuniti terlibat. Video ini juga telah dipertandingkan dalam SULAM 2021 Online Competition dan mendapat GOLD Medal. Semoga perkongsian ini boleh menambah pengetahuan tentang konsep SULAM dan memberi panduan bagaimana untuk mengaplikasikan konsep ini dalam sistem PdP.