Budu : Representasi Identiti & Budaya Masyarakat Kelantan Dalam Telemovie Sorok Bau Budu

Show simple item record

dc.date.accessioned 2023-01-19T12:51:26Z
dc.date.available 2023-01-19T12:51:26Z
dc.date.issued 2020-11-09
dc.identifier.uri http://oer.ums.edu.my/handle/oer_source_files/2241
dc.description.abstract Budu merupakan sejenis makanan yang menjadi pelengkap pada satu hidangan makanan. Pati ikan bilis atau lebih dikenali dengan nama budu ini merupakan makanan tambahan yang sinonim dengan masyarakat pantai timur terutamanya masyarakat di negeri Kelantan. Budu merupakan sejenis makanan yang mempunyai signifikasi yang erat dalam kehidupan seharian dan budaya masyarakat di Kelantan. Ikatan erat yang menjadikan budu sebagai satu ikon kepada identiti negeri tersebut. Oleh kerana yang demikian, budu itu sendiri mempunyai perlambangan dan falsafah selain berfungsi sebagai pembuka selera. Kertas kajian ini akan menganalisis perlambangan dan simbol yang direpresentasi oleh budu dalam dua telemovie tempatan yang dijadikan sebagai bahan kajian iaitu telemovie Sorok Bau Budu (2011) arahan Sabri Yunus dan telemovie Ikan Singgang Cicah Budu (2015) arahan Nuad Hj. Othman. Dua buah telemovie yang mengisahkan senario kehidupan masyarakat masa kini dengan pergelutan status sosial masing-masing. Melalui analisis tekstual terhadap dua buah filem tersebut, kertas kajian ini juga akan menghuraikan signifikasi budu dalam membentuk identiti masyarakat. Metodologi kajian ini adalah berbentuk kualitatif yang mengaplikasikan pembacaan semiotik sebagai pendekatan. Model teori semiotik Barthes (denotasi & konotasi) menjadi instrumen kajian untuk mengeluarkan perlambangan di sebalik sejenis makanan. Berdasarkan pemerhatian yang telah dijalankan, budu mempunyai fungsi sebagai agen penyatu dan ikon kepada sesebuah latar belakang masyarakat. Budu yang pada harafiahnya sebagai makanan namun setelah ditafsir secara mendalam mempunyai intipati tersendiri kepada masyarakat. Demikian, kertas ini diharapkan dapat menjelaskan makna dan pemaknaan makanan kepada sesebuah budaya di samping mengangkat martabat budaya pemakanan tanah air. en_US
dc.description.sponsorship Persidangan Intranspac 2020 en_US
dc.language.iso other en_US
dc.publisher Intranspac 2020 by UPSI en_US
dc.title Budu : Representasi Identiti & Budaya Masyarakat Kelantan Dalam Telemovie Sorok Bau Budu en_US
dc.type Video en_US
dc.resources.url https://youtu.be/xkFNJIYf0U4 en_US


Files in this item

Files Size Format View

There are no files associated with this item.

This item appears in the following Collection(s)

Show simple item record

Search OER@UMS


Browse

My Account