dc.contributor.author |
SALLEH, MUHAMED SYAFIQ
|
|
dc.date.accessioned |
2023-01-19T12:56:42Z |
|
dc.date.available |
2023-01-19T12:56:42Z |
|
dc.date.issued |
2021-08-18 |
|
dc.identifier.uri |
http://oer.ums.edu.my/handle/oer_source_files/2242 |
|
dc.description.abstract |
Masyarakat Murut Paluan adalah salah satu dari 12 pecahan sub-etnik Murut di Sabah. Murut Paluan kebanyakannya berada di bahagian selatan Sabah iaitu daerah Nabawan, Sabah. Mereka masih mengamalkan adat dan budaya yang diwarisi oleh nenek moyang sejak turun temurun terutamanya adat perkahwinan. Upacara dalam adat perkahwinan tersebut adalah upacara inasi atau upacara pemberian berian terakhir. Salah satu acara yang dijalankan dalam upacara inasi adalah acara agiruandu atau maksudnya adalah bergurau senda. Acara agiruandu dilihat memainkan peranan dalam menyatukan silaturahim antara pihak keluarga pengantin lelaki dan pihak keluarga pengantin perempuan. Kertas kajian ini bertujuan untuk membincangkan tentang persembahan acara agiruandu dalam upacara inasi masyarakat Murut Paluan di Sabah. Oleh yang demikian, kajian asas dirangkakan bersama kaedah kualitatif sebagai reka bentuk kajian bagi mengumpul data kajian. Oleh sebab kekurangan jurang ilmu dalam subjek ini, temu bual dipilih sebagai kaedah utama bagi mendapatkan data di samping menggunakan kaedah pemerhatian mendalam ke atas foto dan video acara agiruandu. Informan utama untuk kajian ini ialah seorang penyimpan maklumat mengenai adat dan budaya Murut Paluan di Nabawan yang berumur lebih dari 50 tahun. Informan tambahan pula adalah mereka yang berpengalaman dalam mengamalkan dan menganjurkan acara tersebut. Hasil kajian mendapati bahawa acara agiruandu menjadi satu acara wajib dalam menjalankan upacara inasi.. Keunikan acara ini adalah pada pertukaran watak iaitu sekumpulan lelaki mengenakan pakaian dan solekan seperti wanita dengan memukul gong mengelilingi tajau manakala sekumpulan wanita pula akan mengacau atau mengusik sekumpulan lelaki yang memukul gong itu. Selain menghadirkan sebuah suasana yang meriah, acara agiruandu sebaliknya membawa erti kepada menjaga hubungan silaturahim kerana masyarakat Murut Paluan amat mementingkan hubungan kekeluargaan serta mementingkan kepuasan tetamu yang hadir ke tempat mereka. |
en_US |
dc.description.sponsorship |
Pembentangan ini mendapat sumbangan dana Skim Geran Lantikan Pensyarah Baru UMS SLB2104 |
en_US |
dc.language.iso |
other |
en_US |
dc.publisher |
Intranspac 2021 by UPSI |
en_US |
dc.title |
Acara Agiruandu Masyarakat Murut Paluan, Sabah Dalam Upacara Inasi |
en_US |
dc.type |
Video |
en_US |
dc.resources.url |
https://youtu.be/j1qWLLN34O4 |
en_US |