Abstract:
Program lawatan sambil belajar di Balai Seni Lukis Sabah (BSLS) Kota Kinabalu, Sabah. Tujuan lawatan ini adalah untuk menimba dan meningkatkan pengetahuan tentang pengurusan pameran seni bagi Program Teknologi Seni Visual Tahun 2. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran insaniah pelajar melalui pengamatan terhadap atur cara pameran seni. Di samping itu, mendekatkan pelajar kepada budaya masyarakat melalui karya seni yang dihasilkan oleh pelukis professional di dalam galeri seni. Pelajar juga didedahkan dengan proses Konservasi karya dan cara penjagaan artifak hasil karya seni yang pernah dipamerkan. Akhirnya pelajar dapat mempelajari aspek pengurusan dan pameran galeri seni yang diadakan di Galeri Seni Sabah.