Abstract:
Pembentangan karya seni visual pelajar semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun 2020-2021. Pembelajaran dilakukan secara atas talian (online) bagi kursus konsep dan konteks dalam lukisan. Pelajar terinspirasi menerusi idea dan kajian berdasarkan kehidupan secara individu dan masyarakat sekelilingnya. Isu yang dikupas dalam karya seperti kasih sayang dalam keluarga, Peranan flora dalam sekeliling, Epoch iaitu tempoh masa tertentu dalam kehidupan seseorang, inspirasi corak dan motif dalam kehidupan masyarakat Sabah, Topeng di sebalik niat, manusia dan alam sekitar saling memerlukan, lumrah kehidupan dan ekspresif kehidupan diri pengkarya.