Abstract:
Artikel ini membincangkan sejarah perkembangan dokumentari di Malaysia secara umum untuk kegunaan pelajar. Perbincangan merangkumi peranan awal dokumentari sebagai medium rakaman bangsa, fungsi Filem Negara Malaya dan Filem Negara Malaysia, perkembangan dokumentari selepas kemerdekaan, pengaruh televisyen, perubahan pendekatan penceritaan, serta kesan perkembangan teknologi digital terhadap penghasilan dokumentari tempatan. Artikel ini turut menjelaskan peranan dokumentari sebagai medium pendidikan, pemeliharaan sejarah, pembentukan identiti nasional, dan penyampaian budaya. Secara keseluruhannya, penulisan ini bertujuan membantu pelajar memahami kedudukan dokumentari sebagai satu bentuk karya bukan fiksyen yang penting dalam konteks sejarah, masyarakat, dan industri media di Malaysia.
Description:
Artikel umum ini disediakan sebagai bahan rujukan pelajar bagi memahami asas sejarah dokumentari di Malaysia. Penulisan ini sesuai digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran bagi kursus berkaitan filem, penyiaran, media, komunikasi, dan sinematik digital.