Hospitality for Community Through Blended Experiential Learning: Luncheon in the Dark

Show simple item record

dc.contributor.author Pawan, Marry Tracy
dc.date.accessioned 2020-12-14T08:14:34Z
dc.date.available 2020-12-14T08:14:34Z
dc.date.issued 2020-12-14
dc.identifier.uri http://oer.ums.edu.my/handle/oer_source_files/1303
dc.description.abstract Kursus operasi acara khas merupakan kursus teras program bagi program pengurusan perhotelan. Kursus ini ditawarkan pada semester akhir dan melibatkan pelajar tahun 3 program pengurusan perhotelan. Secara amnya, di dalam kursus ini pelajar akan mempelajari teknik-teknik pengurusan acara. Namun begitu, satu projek transformatif telah dilaksanakan bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran yang mengabungkan objektif pengajaran dengan khidmat komuniti dimana pelajar mengaplikasi kan teori dan pengalaman praktikal dalam merancang dan mengendalikan acara yang memberikan impak kepada komuniti sekitar. Projek ini mendedahkan pelajar kepada proses pembelajaran secara kendiri dan berimpak tinggi. Di dalam projek transformasi ini, strategi pengabungan blended learning dengan pengalaman telah digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Pelajar didedahkan dengan pembelajaran secara digital seperti penggunaan padlet, whatsapp, facebook dan Instagram. Disamping itu, pelajar juga mempelajari teknik pengurusan acara secara melalui proses seperti penghasilan idea, penyelesian masalah dan pengendalian acara. Salah satu projek yang telah dilaksanakan oleh pelajar operasi acara khas ialah Luncheon in the Dark. Program ini merupakan satu program makan amal bersama bagi mengumpul dana kepada Persatuan Orang Buta Sabah. Acara makan amal ini juga telah memberi kelainan kepada tetamu yang menyertai merasai sebagaimana golongan kelainan upaya ini menikmati makanan. Tetamu telah menikmati makanan dalam keadaan gelap dan ditutup mata. Program ini juga merupakan salah satu cara yang dapat berkongsi perasaan dan mewujudkan sikap lebih prihatin kepada golongan kelainan upaya. Tujuan program ini diadakan adalah sebagai medium untuk memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai tanggungjawab sosial terhadap individu kurang upaya khususnya orang buta. Ia juga bertujuan bagi menyuntik semangat kerjasama dikalangan pelajar. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan bermula dengan penghasilan idea mengenai acara yang ingin dikendalikan, pembentangan idea, pembentukan jawatankuasa, penglibatan dengan komuniti, pembentangan perkembangan projek dan pengendalian acara. Penilaian akhir akan dibuat oleh pensyarah dan pelajar juga akan membuat refleksi selepas acara berakhir. Secara kesimpulannya, pembelajaran melalui gabungan blended learning dan pengalaman dapat meningkatkan lagi suasana pembelajaran yang menarik, merangsang pelajar belajar secara aktif disamping penglibatan dengan komuniti. en_US
dc.language.iso en en_US
dc.subject Hospitality, Experiential Blended Learning, Luncheon in the Dark en_US
dc.title Hospitality for Community Through Blended Experiential Learning: Luncheon in the Dark en_US
dc.type Other en_US


Files in this item

This item appears in the following Collection(s)

Show simple item record

Search OER@UMS


Browse

My Account