Abstract:
Pandemik covid 19 telah membuka peluang kepada pelbagai pendedahan kepada norma baharu dalam kehidupan kita. Antaranya ialah perubahan kepada pelaksanaan kaedah pengajaran dan pembelajaran (pdp) pada semua peringkat pengajian. Kursus BG33303 pengurusan pemasaran francais, semester 1, 2020/2021 yang ditawarkan kepada pelajar tahun akhir di fakulti perniagaan, ekonomi dan perakaunan (FPEP), UMS, ini telah dikendalikan secara segerak dan tidak segerak melalui platform microsoft teams, google meets, smartv3ums dan aplikasi telegram agar sesuai dengan norma baharu yang sedang dilalui. Kuliah maya dikendalikan oleh pensyarah, pelajar pula membentang beberapa topik berkaitan francais yang telah dipersetujui pada awal semester dan pemegang taruh turut dilibatkan dalam perkongsian pengalaman sebenar mengendalikan sesebuah francais