Abstract:
Dalam kajian hubungan masyarakat terutamanya di sempadan sering dijelaskan pentingnya peranan kekeluargaan. Kajian ini cuba melihat pengaruh kapitalis (material) dalam menjelaskan isu sosioekonomi dan keselamatan di Pulau Tigabu, Kudat. Majoriti penduduk pulau berketurunan Bajau Ubian (95%) dan rata-ratanya hidup dalam kemiskinan. Tekanan kehidupan merubah cara penduduk di kawasan sempadan berfikir mengenai kelangsungan kehidupan mereka. Perspektif ini memberikan gambaran berbeza abgi memahami kepentingan penduduk dalam persoalan sosioekonomi dan keselamatan penduduk terutamanya masyarakat pulau.