Abstract:
Kompilasi ini memfokus kepada kepada kesan Covid-19 kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia. Kompilasi ini dimulakan dengan cerita berkenaan situasi semasa Covid-19 di Malaysia pada tahun 2020 sehingga terpaksanya perintah kawalan pergerakan dilakukan bagi mengurangkan risiko jangkitan. Titik tolak ini telah menyebabkan keseluruhan operasi terpaksa ditutup termasuk PKS. Ini juga telah menyebabkan PKS berdepan dengan risiko kerugian akibat penutupan permis, pengurangan operasi, kos yang terpaksa ditanggung dan sebagainya. Namun, ramai yang berpendapat PKS di Malaysia masih mampu bertahan dengan cabaran ini.