Abstract:
Kerajaan dari semasa ke semasa menerusi pelbagai kementerian yang berkaitan menyediakan pelbagai dana berbentuk geran bagi membantu meningkatkan sosiekonomi masyarakat. Pihak industri juga tidak ketinggalan dalam membantu memperuntukkan dana sedemikian bagi menampung pelbagai projek yang relevan dengan industri berkait demi memberi manfaat kepada taraf hidup rakyat. Dana-dana ini biasanya bersifat one-off di mana ianya berlandaskan kepada suatu jangka masa yang tertentu dan mensasarkan aspek kuantiti keterlibatan masyarakat sahaja. Namun, apabila pengukuran kejayaan atau impak dijalankan usai projek berjaya dilaksanakan, kejayaan yang diukur tidak menunjukkan impak yang memberangsangkan. Malah, terdapat segelintir projek yang mempunyai keterlihatan yang rendah atau tidak memberikan sebarang impak setelah di dicanang di peringkat awalnya sebagai projek yang bakal menaja keuntungan jangka panjang.