Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghani Gilong Perancang Pembangunan Ekonomi Bumiputera Negeri Sabah

Show simple item record

dc.contributor.author Dasan, Jakaria
dc.date.accessioned 2022-08-01T04:56:01Z
dc.date.available 2022-08-01T04:56:01Z
dc.date.issued 2021-03-07
dc.identifier.uri http://oer.ums.edu.my/handle/oer_source_files/1985
dc.description.abstract Penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Ekonomi Perancangan dan Pembangunan) kepada Tan Sri Datuk Seri Panglima Hj Abdul Ghani Gilong pada Konvokesyen UMS ke-19 tahun 2017 adalah sebagai mengiktiraf dedikasi perjuangan seorang negarawan yang tiada galang gantinya berdasarkan kepada rekod cemerlang penglibatannya terhadap perancangan dan pembangunan ekonomi bumiputera Negeri Sabah khasnya dan Malaysia amnya. Dengan falsafah hidup, “kita mesti ada kemahuan dalam mencapai cita-cita,” anak keluarga petani dari Ranau ini mengupaya iltizam meletakkan ekonomi anak negeri Sabah berada separas dengan apa yang dikecapi oleh rakyat Malaysia di Tanah Melayu sebelum pembentukkan Malaysia dahulu. Usaha tersebut telah beliau gagahi menerusi pelbagai portfolio semasa menjawat jawatan anggota kabinet kerajaan persekutuan di bawah Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn. Pada setiap perjalanan politiknya, Tan Sri sentiasa berpegang erat pada nawaitu suci berbakti untuk rakyat, khususnya rakyat negeri Sabah dalam kalangan kaum bumiputera yang agak ketinggalan sebelum pembentukkan Malaysia dan pada ketika detik-detik awal Sabah berada dalam Malaysia. Beliau seorang yang berpendirian tegas dengan pendiriannya. Sebagaimana beliau bersama Tun Fuad Stephens melafazkan ikrar kepada rakyat di pedalaman dalam menjayakan misi Suruhanjaya Cobbold dahulu, maka ikrar itulah yang dipegangnya biar sekali pun tercalar luka imej dirinya. Setiap tindakan yang dilakukannya itu adalah semata-mata berpegang pada falsafah perjuangannya, anak watan negeri Sabah terbela jika kekal bersama persekutuan Malaysia. en_US
dc.publisher Utusan Borneo en_US
dc.subject Ijazah Kehormat, Sabah, Bumiputera, Pembentukan Malaysia, Sejarah en_US
dc.title Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghani Gilong Perancang Pembangunan Ekonomi Bumiputera Negeri Sabah en_US
dc.type Article en_US


Files in this item

This item appears in the following Collection(s)

Show simple item record

Search OER@UMS


Browse

My Account