Abstract:
Sebagai rakyat Malaysia yang lahir atau tinggal di Negeri Sabah, kita berasa sungguh bertuah kerana kita tidak perlukan bangunan pencakar langit untuk menyemarakkan pelancongan negeri ini. Sebaliknya, kita hanya perlu memelihara dan memulihara pokok-pokok subur yang tumbuh melata di Sabah, khususnya di kawasan luar bandar. Inilah nic utama pelancongan di Sabah yang sering dikaitkan dengan eko-pelancongan yang amat memerlukan sokongan padu dan kerjasama erat semua pihak. Termasuklah, ahli-ahli komuniti setempat atau di sekitar di mana khazanah alam semulajadi itu berada dan boleh menjadi daya tarikan utama kepada industri pelancongan negeri jika diurus dengan baik