Abstract:
Pusat Kelestarian Libatsama Masyarakat (PKLM), Universiti Malaysia Sabah (UMS) menggalas peranan memastikan impak dan hasil penyelidikan yang dilakukan oleh akademia dapat dikongsikan kepada masyarakat. Dengan kata lain, penubuhan PKLM adalah untuk memastikan pemindahan ilmu dari universiti yakni akademia berlaku dengan teratur dan berimpak hasil daripada jaringan strategik libatsama yang lestari di antara universiti dan masyarakat. Realitinya, akademia mampu menawarkan kepakaran dalam pelbagai bidang yang memudahkan kehidupan masyarakat mencakupi pembangunan sosio ekonomi masyarakat, dan segenap aspek lain yang diperlukan. Ini adalah sebagai memenuhi maksud sebenar obligasi sosial yang boleh dimainkan oleh akademia kepada masyarakat