Abstract:
Serunding Kubis ialah produk makanan yang dihasilkan menggunakan kearifan tempatan. Idea penghasilan serunding kubis adalah sebahagian inovasi sosial UMS melalui projek penyelidikan SGI0111-2020 semasa mencari penyelesaian menguruskan lambakan sayuran yang tidak dijual. Idea tersebut direalisasikan oleh komuniti perintis dalam kalangan Wanita di luar bandar sehingga menjadi produk terbaharu dalam pasaran yang semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat. Kini Serunding Kubis menjadi produk yang membuka pelaung perniagaan, peluang pendapatan Wanita luar bandar yang terjejas kerana pandemik COVID-19 dan semestinya menggalakkan lebih banyak inisiatif kreatif menguruskan sumber sayuran.