Abstract:
Secara tidak langsung kesan PKP ini menyebabkan hampir setiap isi rumah mengalami kesukaran untuk mencari sumber pendapatan. Keadaan ini menyebabkan isi rumah sukar untuk mencari sumber pendapatan mereka bagi menampung kos perbelanjaan keperluan hari mereka. Walau bagaimanapun, keadaan ini tidak memberikan kesan yang serius terhadap semua isi rumah kerana, pendapatan isi rumah mereka bergantung kepada jenis sektor pekerjaan mereka. Sekiranya mereka bekerja di sektor kerajaan mereka mungkin tidak akan mengalami kesukaran untuk mendapat sumber pendapatan. Akan tetapi pihak kerajaan juga dapat menyediakan pelbagai bentukbantuan seperti Bantuan Prihatin dan Bantuan Sara Hidup bagi membantu golongan yang sukar untuk mencari pendapatan seperti golongan B40. Oleh itu, kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui secara awalan sejauh mana wabak Covid-19 ini memberikan kesan terhadap Pendapatan Isi rumah di Lahad datu, Sabah. Kaedah yang digunakan adalah dengan mengedar borang soal selidik di sekitar Lahad Datu Sabah. Seramai 21 responden yang dipilih telah menjawab dan memberikan maklumat serta data bagi tujuan penganalisian secara deskriptif dengan menggunakan SPSS versi 25.