Abstract:
Usahawan mahupun firma sentiasa berusaha untuk menghasilkan dan membangunkan produk atau perkhidmatan yang kompetitif di pasaran. Untuk mencapai tujuan tersebut, usahawan hendaklah mengambil pendekatan inovatif dan mampu berfikir kreatif untuk memulakan sesuatu yang baharu dalam firmanya. Kekangan mahupun halangan kepada proses kreativiti dan inovasi akan berlaku dalam proses untuk kita cuba membuat sesuatu yang baharu.