Abstract:
Kurangnya minat kepada ilmu menyebabkan perkembangan dalam penghidupan menjadi statik dan tidak meningkat maju. Semakin kita menjauhi ilmu, semakin terperosoklah kita dalam lembah kejahilan. Tidak mustahil, kedegilan meningkatkan ilmu pengetahuan akan membawa kepada kemiskinan. Kemiskinan yang dikhuatiri berlaku adalah kemiskinan yang membawa kepada kekufuran. Rata-rata hujah bersetuju bahawa ilmu yang sentiasa berkembang akan menjadikan kehidupan seseorang itu kekal stabil ekonominya. Malah, dengan ilmu pengetahuan yang sentiasa berubah akan menjadikan seseorang itu mempunyai kelebihan ke atas orang lain. Hatta, ilmu yang dikongsikan oleh sekumpulan ahli dalam komuniti akan membawa impak menyeluruh kepada seluruh penduduk dalam komuniti tersebut jika diurus dengan baik.