| dc.description.abstract |
Penciptaan bersama ditakrifkan kepada kerjasama antara agensi kerajaan, pihak NGO, pemain industri dan komuniti yang berada disekitar bekas lombong Mamut yang terletak di Ranau, Sabah, untuk membangunkan industri edu-pelancongan kepada pelancong dalam dan luar negara, penyelidik geologi, ekonomi, perniagaan, pertanian dan alam sekitar, pelajar sekolah dan juga pengajian tinggi. Ia bakal menjadi sebuat pusat pendidikan bersifat pelancongan yang turut menjana ekonomi penduduk setempat dari segi peluang pekerjaan, promosi budaya tempatan dan pemerkasaan industri desa. |
en_US |