Abstract:
UNTUK mempelajari ilmu keusahawanan yang praktikal, maka para pelajar yang telah pun diajar sedikit sebanyak teori keusahawanan di universiti wajar digalakkan mendekati usahawan untuk suatu durasi tertentu. Selain membuat pemerhatian dan cuba memahami urus niaga yang berlaku, pelajar ini juga berpeluang untuk memerah idea menghasilkan kaedah atau inovasi sesuai untuk membantu kelancaran perniagaan yang diusahakan oleh usahawan di mana pun mereka ditempatkan. Kaedah ini pastinya mampu memperkasa ilmu keusahawanan pelajar setelah bergraduasi kelak di mana mereka telah pun ada pengalaman berharga untuk mereka aplikasikan ketika menceburkan diri dalam dunia keusahawanan.