Abstract:
Penyeldikan melestari khazanah budaya dan peradaban rumpun Bajau Sama Sabah Ini bertujuan mendapatkan beberapa maklumat berkaitan corak motif padahiasan Bajau Sama yang sering digunakan pada pakaian atau objek berkaitan seperti pelamin. Kunjungan itu juga merupakan sebahagian daripada inisiatif awal memulakan hubungan strategik dengan Pusat ini, selaras dengan penubuhan Kursi Penyelidikan Bajau Sama di UMS. Menurut Dr. Jakaria, yang juga merupakan Pengarah Pusat KomunikasiKorporat UMS, kunjungan tersebut juga sebagai langkah awal merintissatu hubungan strategik dengan Pusat Kebudayaan. Ini merupakan antara tunjang penting dalam melestarikan usahamemelihara adat, budaya, resam, serta sejarah peradaban berkaitanrumpun Bajau Sama Sabah. Carian dari jurnal di atas talian mendapati bahawa kajian berkaitan rumpun Bajau Sama adalah sangat terhad. Pada masa yang sama masih terlalu banyak yang boleh dikaji dengan lebih mendalam mengenai komuniti kedua terbesar di Sabah ini.
Description:
Rumpun Bajau Sama itu sendiri mempunyai kepelbagaianyang membentuk keunikan tersendiri, yang terpapar pada keterbilangandan keperwiraan masyarakat ini dalam konteks sejarah lalu, sebagaimanadituturkan dalam cerita lisan rakyat turun-temurun.
Susunan motif secara terancang, rawak atau tersusun dipanggil corak.Corak mungkin diklasifikasikan sebagai terancang atau tidak terancang.
Corak yang tidak dirancang atau bukan motif juga boleh membangunkancorak secara bebas. Motif ialah bentuk atau rupa asas dalam komposisiatau reka bentuk. Ia mempunyai unsur geometri, organik dan flora danfauna.
Corak yang diklasifikasikan sebagai tradisional mempunyai namatradisional yang khusus dan mempunyai lakaran motifnya sendiri.