Abstract:
UMS menerusi Pusat Komunikasi Korporat meneruskan misi mendekati komuniti luar bandar di Kg Sayap Kota Belud pada 24 dan 25 Februari2024. Seramai 18 orang kakitangan terlibat dalam program di komuniti yangpopular melaksanakan pelancongan berasaskan pendidikan dengan diketuai oleh Pengarahnya, Dr. Jakaria Dasan. Antara aktiviti program santuni komuniti yang dilakukan ialah aktiviti menganyam atap menggunakan daun kelapa bersama komuniti bagi menyiapkan Pondok Malius di Puncak Gloria. Pondok Malius bakal menjadi satu lagi destinasi wajib lawat di kampung iniyang menawarkan pemandangan menarik atas bukit dengan sulap ataupondok tradisi masyarakat sebagai pusat tumpuan. Perkongsian ilmu telah disampaikan oleh kakitangan Pusat Komunikasi Korporat bagi menjadikan Pondok ini lebih bermaklumat dan sesuai untuklawatan santai kepada pengunjung luar. Turut diadakan adalah aktiviti menumbuk dan menampi padi yang seterusnya dimasak menjadi Nasi Linopot.
Description:
komuniti yang cukup dikenali dengan kreativiti menghasilkan kraftangan manik ini turut berkongsi cara membuat manik kepada kakitangan PKK. Dalam masa yang sama, Dr. akaria, yang sering terlibat dengan projek-projek pemindahan ilmu kepada komuniti di Sabah, berkongsi mengena iidea bagaimana komuniti pengusaha di kampung itu boleh menetapkan harga yang sesuai kepada setiap kraftangan manik yang dihasilkan mereka. Menurutnya, bukan mudah untuk menghasilkan produk berasaskan manik dalam kuantiti yang banyak dan unik serta menarik corak seninya. Menghasilkan manik selalunya dibuat secara berkumpulan atau berpasukan.