Abstract:
SETIAP kali musim pilihan raya tiba, pelbagai cerita akan berlegar dalam masyarakat, janjicalon, isu pembangunan, dan gosip politik yang semakin sensasi dari hari ke hari. Namun disebalik hiruk-pikuk ini, ada satu perkara penting yang jarang kita selami secara mendalam, bagaimana minda dan perasaan kita sendiri membentuk keputusan undi.
Kita sering menyangka pilihan mengundi dibuat secara rasional, tetapi hakikatnya ia banyakdipengaruhi oleh apa yang disebut sebagai kesilapan persepsi. Apabila kecenderungan untuk satu fenomena senyap tetapi kuat iaitu Ramalan Pemuas Kendiri (Self-Fulfilling Prophecy). Ramalan ini berlaku apabila apa yang kita jangkakan tentang seseorang atau sesuatuakhirnya menjadi kenyataan kerana tindakan kita sendiri menghala ke arah jangkaan tersebut.Dalam semua situasi ini, ramalan mempengaruhi tindakan, dan tindakan pula menciptakeputusan yang seakan-akan membenarkan ramalan tersebut.