Abstract:
Perkataan nuansa dalam tulisan ini bukan bertujuan mengkritik ataumemihak kepada mana-mana parti politik. Ia sekadar mengajak pembaca menilai dengan lebih mendalam perbezaankonteks, niat dan pendekatan dalam dunia politik, serta bagaimana strategidan tindakan ahli politik memberi kesan langsung kepada rakyat. Dalam dunia politik, suasananya sering diibaratkan seperti permainancatur — penuh strategi, helah dan langkah yang sukar dijangka. Setiap pemain mempunyai peranan tersendiri: ada “raja” yang mestidilindungi, “menteri” yang bergerak pantas, dan “bidak” yang kelihatankecil tetapi mampu mengubah keputusan jika digerakkan dengan bijak.Percaturan politik merujuk kepada strategi yang dirancang oleh pemainpolitik untuk mencapai matlamat — sama ada mengekalkan kuasa,membentuk pakatan, atau menggugat lawan.Istilah ini bersifat neutral dan sering digunakan dalam wacana akademikserta laporan media bagi menggambarkan seni strategi politik yang sah. Namun, apabila percaturan itu menjurus kepada agenda peribadi danbukan kepentingan rakyat, di situlah timbul persoalan tentang moral dankejujuran politik. Mencatur politik, pula membawa konotasi yang lebih aktif dan taktikal. Iamenggambarkan kehadiran “tangan tersembunyi” yang mengatur langkahdi papan kuasa. Ungkapan seperti “pemimpin itu pandai mencatur politik dalaman partinya”sering kedengaran. Kepintaran mencatur boleh dianggap kelebihan, tetapijika terlalu licik hingga rakyat menjadi mangsa, ia bukan lagi kebijaksanaan— sebaliknya manipulasi. Politik catur pula digunakan secara metaforik untuk menggambarkansistem politik keseluruhan sebagai papan permainan kuasa. Setiap pemain mempunyai peranan dan simbol: raja, menteri, benteng, kudadan bidak — manakala rakyat pula sering menjadi pemerhati, kadangkalapeserta tidak langsung
Description:
Menjelaskan politik sebagai permainan strategi mirip catur, menyorot percaturan, peranan pemain, dan implikasi moral terhadap rakyat.