Abstract:
Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Universitas Pakuan (UNPAK), Bogor, Indonesia terus memperkukuh kolaborasi akademik serantau melalui penganjuran Kuliah Pensyarah Tamu yang diadakan di Fakulti Ekonomi dan Bisnis UNPAK, baru-baru ini. Menurut Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar) Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP) UMS, Prof. Madya Dr. Jakaria Dasan, program itu antara lain bertujuan untuk membentuk jaringan akademik serantau antara Malaysia dan Indonesia melalui perkongsian ilmu. Selain itu kuliah ini memberi pendedahan antarabangsa kepada pelajar dalam bidang pengurusan dan pembangunan komuniti, khususnya berkaitan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).
Description:
Menyorot kolaborasi akademik serantau antara UMS dan UNPAK melalui Kuliah Pensyarah Tamu, memberi pendedahan antarabangsa dan memperkukuh jaringan ilmu berkaitan pengurusan, komuniti, dan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG)