Abstract:
Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah menjayakan program akademik dan pembangunan komuniti bersama Universitas Nasional (UNAS), Jakarta baru-baru ini. Dekan FPEP, Prof. Madya Dr. Rahimie Abd Karim berkata, lawatan rasmi itu antara lain bertujuan memperkukuh kerjasama strategik dalam bidang akademik, penyelidikan dan pembangunan komuniti. Selain itu, pertemuan ini membuka peluang kepada kedua-dua universiti untuk melaksanakan mobiliti pensyarah dan pelajar, penyelidikan bersama, serta program pembangunan profesionalisme. Di samping itu, ini juga selaras dengan usaha UMS untuk memperkasa agenda Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) melalui pendidikan inklusif, lestari dan berimpak tinggi,” katanya. Beliau berkata demikian selepas pertemuan rasmi dengan Dekan Fakulti Ekonomi dan Bisnis UNAS, Prof. Dr. Edi Sugiono, serta Wakil Rektor Bidang Akademik, Kemahasiswaan dan Alumni, Dr. Dra. Erna Ermawati Chotim.
Description:
Menyorot kerjasama strategik antara FPEP UMS dan UNAS Jakarta dalam akademik, penyelidikan, pembangunan komuniti, serta mobiliti pensyarah dan pelajar selaras dengan agenda Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).