Abstract:
Universiti Malaysia Sabah (UMS) terus mengukuhkan keterlihatan antarabangsa melalui pemeteraian Surat Niat (Letter of Intent, LOI) bersama Fakultas Ekonomi dan Bisnis, Universitas Pancasila (UP) dalam satu majlis yang berlangsung di Jakarta baru-baru ini. Perjanjian persefahaman ini melibatkan Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP), UMS yang diwakili oleh Dekan FPEP, Profesor Madya Dr. Mohd Rahimie Abdul Karim, manakala pihak UP diwakili oleh Wakil Dekan II, Fakultas Ekonomi dan Bisnis, Dr. Erwin Permana. Seminar ilmiah khas bertajuk “Bridging SDGs and Islamic Ethics: Community Empowerment and Green Halal Consumerism in Southeast Asia” turut diadakan dengan menampilkan dua pembentang utama, iaitu Dr. Nurul Hilmiyah dari UP dan Profesor Madya Dr. Jakaria Dasan dari UMS. Seminar itu menekankan kepentingan menggabungkan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) dengan nilai etika Islam dalam usaha pembangunan komuniti.