UMS ANJUR PELAYARAN ILMU, PERKASA KOMUNITI PULAU SELAKAN

Show simple item record

dc.contributor.author DASAN, JAKARIA
dc.date.accessioned 2025-12-09T05:13:23Z
dc.date.available 2025-12-09T05:13:23Z
dc.date.issued 2025-09-13
dc.identifier.citation Jakara Dasan en_US
dc.identifier.uri http://oer.ums.edu.my/handle/oer_source_files/3358
dc.description Program Pelayaran Ilmu anjuran FPEP UMS di Pulau Selakan merupakan inisiatif CSR yang menggabungkan elemen kebajikan, akademik dan pemuliharaan alam sekitar bagi memperkasakan komuniti pesisir. Melibatkan pensyarah, staf dan pelajar, program ini merangkumi perkongsian ilmu, motivasi, aktiviti belia, sumbangan asas, kerja pembersihan laut serta kajian impak sosioekonomi pewartaan Taman Marin Tun Sakaran, selaras dengan komitmen UMS terhadap pembangunan mampan komuniti luar bandar. en_US
dc.description.abstract Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah menjayakan program Pelayaran Ilmu di Pulau Selakan, Semporna, baru-baru ini sebagai satu tanggungjawab sosial korporat (CSR) bersama komuniti di kawasan tersebut. Program anjuran Kelab Kebajikan dan Rekreasi FPEP itu antara lain bertujuan memperkasakan komuniti luar bandar melalui pendekatan berasaskan ilmu pengetahuan, selain menyemai semangat kesukarelawan warga universiti serta meningkatkan kesedaran terhadap pemuliharaan alam sekitar Menurut presiden kelab, Dr Mohamad Isa Abd Jalil, seramai 31 peserta terdiri daripada pensyarah, staf dan pelajar menyertai program berteraskan kebajikan, akademik dan pemuliharaan alam sekitar itu. “Antara pengisian utama program ini ialah sesi perkongsian ilmu dan motivasi, aktiviti riadah serta sukan bersama belia tempatan, penyampaian sumbangan keperluan asas, aktiviti mengutip sampah di dasar laut, serta kajian impak sosioekonomi pewartaan Taman Marin Tun Sakaran terhadap komuniti Pulau Selakan. “Justeru itu, inisiatif ini bukan sahaja menyantuni komuniti pesisir, malah memberi peluang kepada penyelidik UMS menjalankan kajian impak penting bagi menilai kesan pewartaan taman marin berkenaan terhadap masyarakat setempat,” katanya. Ujar beliau, FPEP UMS komited untuk meneruskan program khidmat masyarakat seumpama itu pada masa hadapan, sejajar dengan misi universiti untuk menyumbang kepakaran dalam pembangunan mampan komuniti khususnya di kawasan pesisir dan luar bandar. en_US
dc.publisher Sabah Media en_US
dc.subject UMS FPEP, Pelayaran Ilmu, Pulau Selakan Semporna, CSR komuniti pesisir, kesukarelawan, pemuliharaan alam sekitar en_US
dc.title UMS ANJUR PELAYARAN ILMU, PERKASA KOMUNITI PULAU SELAKAN en_US
dc.type Article en_US
dc.resources.url https://sabahmedia.com/2025/09/13/ums-anjur-pelayaran-ilmu-perkasa-komuniti-pulau-selakan/ en_US


Files in this item

This item appears in the following Collection(s)

Show simple item record

Search OER@UMS


Browse

My Account