Abstract:
Salah satu projek yang telah
dilaksanakan oleh pelajar operasi acara khas ialah Luncheon in the Dark.
Program ini merupakan satu program makan amal bersama bagi mengumpul
dana kepada Persatuan Orang Buta Sabah. Acara makan amal ini juga telah
memberi kelainan kepada tetamu yang menyertai merasai sebagaimana
golongan kelainan upaya ini menikmati makanan. Tetamu telah menikmati
makanan dalam keadaan gelap dan ditutup mata. Program ini juga
merupakan salah satu cara yang dapat berkongsi perasaan dan mewujudkan
sikap lebih prihatin kepada golongan kelainan upaya. Tujuan program ini
diadakan adalah sebagai medium untuk memberi kesedaran kepada
masyarakat mengenai tanggungjawab sosial terhadap individu kurang upaya
khususnya orang buta. Ia juga bertujuan bagi menyuntik semangat kerjasama
dikalangan pelajar. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan bermula dengan
penghasilan idea mengenai acara yang ingin dikendalikan, pembentangan
idea, pembentukan jawatankuasa, penglibatan dengan komuniti,
pembentangan perkembangan projek dan pengendalian acara. Penilaian akhir
akan dibuat oleh pensyarah dan pelajar juga akan membuat refleksi selepas
acara berakhir. Secara kesimpulannya, pembelajaran melalui gabungan
blended learning dan pengalaman dapat meningkatkan lagi suasana
pembelajaran yang menarik, merangsang pelajar belajar secara aktif
disamping penglibatan dengan komuniti.