Abstract:
Terdapat sebilangan pakar kesihatan mengingatkan semua individu bahawa duduk dalam jangka masa yang lama akan memberi kesan negatif kepada tubuh kita. Pakar juga mengatakan bahawa tidak kira di mana tempat berlangsung, sama ada di pejabar, sekolah, kereta, di hadapan komputer atau skrin televisyen, jumlah keseluruhan jam yang dihabiskan untuk duduk adalah sangat penting.Terdapat beberapa program atau senaman regangan yang boleh dilakukan apabila seseorang individu duduk dalam jangka masa yang panjang.