Abstract:
Jeruk buah bambangan merupakan salah satu makanan tradisi yang popular di negeri Sabah. Proses pembuatannya tidak begitu rumit dan sukar. Ia memerlukan kesabaran yang tinggi dan masa yang sesuai untuk proses tersebut dijalankan. Jeruk buah bambangan boleh dimakan bersama sambal belacan. Jeruk buah bambangan boleh bertahan lebih dari setahun bergantung kepada penggunaan kuantiti garam semasa proses penjerukkan tersebut dijalankan.