Abstract:
Pembangunan negeri Sabah telah pun menunjukkan tandatanda
positif apabila ekonominya berkembang maju pada pasca
COVID-19. Hal ini berlaku disebabkan pentadbiran negeri ini
berlangsung dengan baik walaupun pernah menyaksikan perubahan
pucuk pimpinan sejak 20 tahun kebelakangan ini. Pentadbiran Yang Amat
Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, Ketua Menteri
Sabah ke-16 (ketika ini) adalah berteraskan slogan “Sabah Maju Jaya” dan
dilihat telah berada pada landasan yang betul meneruskan kepimpinan
terbilang Ketua Menteri pada masa lalu.
Hakikatnya, asas kepada pembangunan yang kembali rancak
dikecapi pada masa kini adalah bertitik tolak daripada strategi yang
betul oleh pemimpin terdahulu, khususnya ketika Sabah berada di bawah
kepimpinan Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Musa Haji
Aman (selepas ini dirujuk sebagai Tan Sri Musa) selaku Ketua Menteri
Sabah yang paling lama mendapat kepercayaan mentadbir negeri, iaitu
sejak tahun 2003 sehingga 2018.