Abstract:
Perancangan tenaga manusia yang baik mempunyai potensi untuk membantu organsasi membangun, berkembang, menjadi lebih inovatif serta lebih menguntungkan. Perancangan sumber manusia juga adalah mekanisma untuk membina keupayaan jangka panjang bagi menangani isu-isu dalam pekerjaan di sesebuah oragnisasi.Elemen faktor dalaman bagi perancangan tenaga manusia adalah termasuk perkara seperti bilangan kakitangan, jenis kemahiran yang berbeza, tempoh masa, trend permintaan, produktiviti dan bekalan, strategi organisasi dan sebagainya.