Abstract:
Kane dan Palmer (1995) menyatakan bahawa faktor luaran organisasi yang mempengaruhi amalan pengurusan tenaga manusia adalah merupakan tekanan terhadap organisasi yang tidak mampu dikawal dan diubah mengikut keperluan organisasi itu sendiri. Oleh yang demikian, pihak yang bertanggungjawab dalam menguruskan tenaga manusia dalam sesebuah organisasi perlu menganalisis faktor-faktor luaran ini dengan lebih dalam. Seterusnya cara ini akan membantu memberi laluan kepada perancangan tenaga manusia untuk melaksanakan strategi yang mungkin membantu menyelesaikan masalah ini secara sistematik dalam sesebuah organisasi.