Abstract:
Dalam e-note ini akan didedahkan dengan tajuk asas perancangan yang akan
membincangkan tentang definisi, konsep, kepentingan dan jenis-jenis perancangan.
Sememangnya kita tahu, bahawa perancangan , memainkan peranan yang penting dalam
membangunkan diri kita dan juga organisasi tempat kita bekerja. Individu dan organisasi,
kedua-duanya perlu bergabung tenaga untuk merancang kerana daripada perancangan
yang berkesanlah sesebuah organisasi dapat berdiri teguh setelah matlamat yang
ditetapkan tercapai. Ini dapat dilihat bagaimana kita merancang untuk bekerja dengan
lebih kuat untuk mendapat hasil yang lumayan dan secara tak lansung akan meningkatkan
produktiviti organisasi dan menjayakan organisasi kita. Contohnya, kita perlu merancang
bagaimana untuk datang ke pejabat awal, membuat kerja dengan baik agar matlamat yang telah ditetapkan oleh organisasi tercapai dengan berkesan.
Maka untuk membentuk sesebuah organisasi yang mampu bersaing, pengurus
memerlukan perancangan yang efektif lagi efisyen dan melibatkan input daripada semua
individu dalam organisasi tanpa mengira ditahap mana seseorang itu berada di dalam
pengurusan organisasi. Dalam hal ini perancangan tidak semata-mata dibuat dan
dilaksanakan oleh pengurus peringkat atasan sahaja malahan semua ahli dalam organisasi tersebut.