Abstract:
Komunikasi merupakan proses pertukaran maklumat, pendapat, atau pengetahuan di antara penyampai dan penerima. Ianya merupakan satu elemen penting dalam memastikan kejayaan sesuatu aktiviti yang dilaksanakan sama ada di antara individu ataupun organisasi. Untuk memastikan komunikasi yang efektif, pihak yang terlibat perlu memahami faktor yang mempengaruhi keberkesanan proses komunikasi tersebut. Empat faktor asas tersebut adalah: memahami proses komunikasi, saling bergilir peranan, bukan komunikasi sehala dan usaha untuk mengatasi gangguan.