Abstract:
Komunikasi perniagaan ialah proses penyampaian maklumat di dalam dan di luar organisasi. Dalam konteks komunikasi di dalam organisasi perniagaan, ianya melibatkan interaksi di antara pekerja dan pihak pengurusan untuk mencapai objektif organisasi. Ia bertujuan untuk mengukuhkan prosedur organisasi dan meminimumkan kesilapan. Sementara itu, komunikasi di antara organisasi perniagaan dan pihak berkepentingan di luar organisasi tersebut adalah penting untuk meningkatkan potensi kejayaan dan pengukuhan perniagaan di pasaran. Di antara kepentingan komunikasi bagi perniagaan adalah untuk pertukaran maklumat, penyediaan dan perlaksanaan rancangan, meningkatkan keberkesanan pekerja, mencapai matlamat, menyelesaikan masalah, dan publisiti.